GuNaKaNlAh MaSa MuDaMu DeNgAn MeNuNtUt ILMu AtAu mEnGaJaRkAnNyA kEpAdA oRaNg LaIn
RSS

Friday, December 31, 2010

Cinta daripada pandangan Imam Al-Syafie

Salam kepada para follower blog MEMBANGUN BERSAMA ISLAM yg dikasihi sekalian...rasanya sudah lama ana menyepi dlm bidang blog ni.. Jadi utk entri kali ni insyaAllah ana nak kita bincangkan pasal cinta....  Knape CINTA?? Ana bercinta ke?? huhu.. Xde r.. Sume org wajib bercinta... Kita wajib cintakan Allah,Rasul dan saudara seakidah dgn kita..... Jadi kalau sape2 yg ckp dia xpnah bercinta tu sgt plik la sbb CINTA tu ialah fitrah yg Allah berikan untuk manusia..huhu.. Jadi kali ini ana skadar nak kongsikan sedikit mengenai cinta menurut pandangan Imam Shafie... smuga entri ni bermanfaat kpd semua dalam mengenali erti ape tu cinta....hehe

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


Subhanallah... Indahnya pandangan Imam Shafie mengenai CINTa.... Jadi, sama2lah kita menghargai CInta dalam hidup kita ni... >_<

Warkah Khas Buat Muslimat

Segala pujian kupanjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan namanya kumulai suratku ini. Selawat dan salam kuhulurkan kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya kuatur risalah ini... khas untukmu wahai gadis!.....

Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentang dirimu wahai gadisku. Aku sedar, ilmuku tentang tubuh lahirmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa emosi, fitrah akal dan jiwa halusmu. Kuakur kekuranganku tentangmu, maka di awal suratku ini kususun sepuluh jari meminta maaf darimu, kalau-kalau penaku terlanjur melukai hatimu, atau mencemarkan kesucian fitrahmu, atau meleset daripada hakikat dirimu.

Aku tahu sewajarnya orang yang sehormon denganmu yang menulis tentang dirimu. Bukan aku! Orang yang berlainan hormon. Biarpun demikian, aku gagahi jua jari-jariku untuk mencoretkan secebis bingkisan buatmu, kerana aku pun tahu yang engkau begitu kepingin menatap coretanku. Sementelahan pula aku bukan menyingkap tabir jasadmu, bukan mencungkil rahsia dirimu, apalagi mengkoreksi lahir batinmu.Apalah salahku, kalau aku aturkan kata-kataku di sini untuk memaparkan cetusan perasaan dan pendapatku yang sering timbul tenggelam dalam benakku. Dan, kalau sesekali aku tersinggung tenang dirimu berdasarkan nas Tuhanku dan Tuhanmu, atau nabiku dan nabimu, kau tentu menerima bukan?

Wahai Gadisku.....................

Ketika aku mengingati kalimat berikut ini..... (wahai sekalian manusia, takutilah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa’ ayat 1.Atau... ..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr. Mustafa Assiba’iy m/s15, riwayat Ahmad. Sering kali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya ke mana perginya perasaan mereka terhadap saudara sendiri?Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka ketandusan sifat kemanusiaan mereka, atau memang mereka kehilangan sifat itu?... Ah, aku cukup jengkel tentang mereka!

Ada kalanya aku juga terfikir kenapa perempuan sering kali menjadi mangsa lelaki? Dan bukan lelaki yang menjadi mangsa perempuan? Atau .... lelaki juga menjadi mangsa?!!! Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan syaitan! Ah, aku kesal.

Wahai Gadisku............

Aku turut bimbang, kau yang kucintai juga menerima angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai gadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta! Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad 'pesakit cinta’. Aku teringat ungkapan bapak HAMKA dalam sebuah bukunya.... “cinta itu suatu penyakit.Tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh!Ganjil bukan?”

Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam cinta, atau dijangkiti penyakit cinta jangan diusik-usik. Tak usah dirawa-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta.Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya dicerobohi, tentu saja ia akan bangkit mempertahankannya. “Mempertahankan hak peribadi”,katanya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun, atau mungkin puluhan tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang itu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu di dada!

Inilah yang aku takut! Inilah yang aku bimbang!

Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!

Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan kita Yang Maha Agung di dalam surah Az-Zukhruf (perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: “Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” .......... jangan-jangan dikau yang kucintai di alam ini tanpa restu Tuhan, menjadi musuh di akhirat kelak. Dan aku yang kau senangi di dunia ini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh! Alangkah ruginya jika, bercinta sementara merana selama-lamanya!

Dan kepahitan yang lebih awal daripada itu ialah keterlanjuran yang tak mampu dikawal iaitu ketikanafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan terpinggir. Aku takut, aku bimbang kalau-kalau gadisku rebah dalam pelariannya lalu disambar helang kelaparan..... maka ia akan kalah dan gugur di atas kelemahannya sebagai perempuan, atau di atas kesilapannya membuka gawang!

Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi tiga kali kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ayah ibunya yang melahirkan dan membesarkannya dengan keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk menjadi penyambung generasi yang berhemah.

Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan nilai keperempuananmu di dunia sebelum memusnahkan jasadmu dan jiwamu di akhirat.

Wahai Gadisku.........

Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan tanpa bertemu, semoga kita menjadi dua sejoli di syurga Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan melihatmu untuk menghidupkan cinta kita, asal saja kita boleh bersama di bawah payung Allah di saat tiada lagi payung selain payungNya.

Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi?Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak kesampaian hari ini menjadi kenyataan di hari akhirat nanti.

Biarlah aku mencintaimu tanpa mengetahui namamu siapa.
Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu.
Dan biarlah kau juga seumpamaku.....

Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang menamakan kau Fatimah Az-Zahra’ atau Maryam Al-Butuul,atau Nasibah, atau Rabi’ah Adawiyyah, atau Zainab Al-Ghazali atau Hamidah Qutb dan seumpamanya.Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah ‘rupa paras’nya yang menawan.

Biar kupetik secebis ‘rupa paras’ mereka untuk modelmu.

Nama Rabi’ah Adawiyyah sesungguhnya amat cucuk dengan ‘rupa paras’ berikut ini: ‘Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu,Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Wahai Gadisku..........

Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.

Tentulah kau tahu, bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat ‘malu’........ satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu dalam penjaranya. Malulah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu.Malu itulah yang menjadi kata hikmah para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila kau tidak malu, buatlah apa yang kau mahu.” Dengan kata lain, apabila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu!

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa!

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu! Wal’iaazubillah!Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malumu. Kesian dia! Di dunia dihina,di akhirat merana.

Wahai Gadisku..................

Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyyah yang berupa paras seperti kupaparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.

Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini.di sini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupa parasmu yang perlu kau ukirkan,dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan ‘diet’ jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:

Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.

Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli, bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:

a) Ikhlas hati kepada Allah
b) Bersikap benar dalam segala keadaan.
c) Tetap pendirian dalam perjuangan.
d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. atau hidup dalam lingkungan syara’.
e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah.
f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakal/berserah diri.
g) Meninggalkan jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan.

Apabila bahan-bahan itu diadun baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan taqwa. Biarlah make-upmu dicampur dengan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.

Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakannya pahit. Atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik. Namun ia amat berguna. Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:

a) Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!
b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin bukan menurut angin!
c) Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum memberi perlu memiliki, sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu Berkhidmat dulu,hasil menyusul kemudian.
d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama.
e) Bertindak mencari kejayaan dan mencipta peluang,bukan bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan.
f) Membuang segala sifat orang-orang kecil sejauh mungkin, iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar dan berdebat.

Semua ramuan di atas berupa sabar, lapang dada,berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.

Ketiga: Jadilah penyuluh bukan pembunuh.

Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih, tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu.

Antara bahan yang diperlukan ialah:

a) Ibadah syakhsiyyah.
b) Nasihat dan kata hikmat.
c) Budi pekerti dan adab sopan berharga.
d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
e) Petunjuk Allah yang utama iaitu Al-Quran yang
mulia.

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup, sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya,maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup;Al-Quran, Al-Hadis, Akhlak, Nasihat dan Ibadah.Cubalah, kau akan jadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.

Keempat: Beberapa peringatan.

Senjata lidah ialah bahasa.

Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup
aman bahagia.

Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.

Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identiti mendalam dan pengalaman hidup sendiri.

Dengan ini aku kira cukuplah ‘diet’ atau penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu, sesungguhnya serbat yang kukumpulkan itu bisa menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan purnama, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata di tengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.

Wahai Gadisku..................

Buat akhirnya, jutaan kemaafan kupinta seandainya surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga kupinta seandainya terdapat di dalam suratku ini kesiapan yang tidak dapat kutemui. Besarlah harapanku daripadamu wahai gadis, agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.

Dan....ingatlah bahawa:

“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin.” (An-Nur: 3)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).....” (An-Nur: 26)

Sekian, buatmu wahai gadis...........................

p/s : ana share dri rakan facebook

Sunday, October 10, 2010

TiPS BeRuRuSaN DeNGaN aJNaBi

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn lelaki.
:: Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.
:: Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik.

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati
:: Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan.
:: Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi.

Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan.
:: Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.


Jaga diri, hiasi peribadi. (",)

info nih ana dapat dari halaqah.net

bacalah buat manfaat semua =)

diambil drpda blog im@ni

Friday, October 8, 2010

HmmMmM.... WoNdErInG~~~

suka?? x suke?? suke?? x suka???confess or pendam??

hmmmm...so wondering...

knape bile tgok dia jadi cam rase plik je ha... tgok dia gelak pom dah jadi hepi...biar btol aku ni..classmate aku je kot.... tpi dalam ramai2 classmate, knape dia?????uarghhh...mati.mati..mati....

Hmmm..mungkin sebab sifat dan tingkah laku dia kot...aku rasa senang hati je bila tgk dia..sejuk hati tgok sifat dia....paras rupa buka lah ukuran tapi aku terpikat ngan sifat peribadi diri dia...mungkin sikap2 yg ditunjukkan itu merupakan sifat22 yg aku harapkan wujud pada muslimah slama ini...Wallahualam...

knape mata aku asyik nak tgok dia je...asyik pk sal dia....suka kat dia diam2... nak luah malu sal aku rasakan yang diri aku ni jahat sangat untuk dia... dia baik sangat dan mesti ramai lagi lelaki baik kat sana yang suke kat dia gak....so,ape aku perlu buat???

suggestion:

1) confess??
cakap face to face ngan dia pom jarang..FB pom jarang... Apatah lagi confess...kalau konfess dpan cermin blh r..Kalau face to face, mati aku..huhu

2) Luahkan kat org terdekat???
Bnda cam ni xleh wat main..Kan kalau org yg aku cter sal ni gtaw kat tuan nyer badan, malu tahap dewa aku nanti....So, baik jgn carik masalah.

3) Pendam n wat2 bodoh je???
Ni je kot yg aku mapu buat....Biarlah perasaan aku ni juz hanya aku ngan Allah je yg taw..But at least aku harap bnda2 cam ni x effect study aku.....

Astaghfirullah..... Ya Allah, kuatkan keimananku agar cintaku terhadap makhluk tidak dapat menandingi cintaku terhadapMu ya Allah...Mungkin ni sume ujian yg perlu aku hadapi sbb sume ni fitrah manusia..Kadang2 kita ada suke kat seseorang tpi rasanya lebih baik kita simpan perasaan tu sekiranya merasakan masa masih belum sesuai.. Seandainya dia ditakdirkan utk kita, mesti Allah akan sediakan jalan yang terbaik.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. Kecantikan paras rupa bukanlah ukuran...Aku yakin dan berpegang dengan janji Allah tu...


Sunday, July 25, 2010

♥♥ Kupinang Engkau Dengan Hamdalah.♥♥

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

Kupinang engkau dengan Hamdalah..

Kokoh suci ikatan cinta..

Kutambatkan penuh marhamah..

Arungi bersama samudra dunia..

Jika terhempas di lautan duka..

Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya..

Jika berlayar di sukacita..

Ingatlah tuk selalu syukur pada-Nya..

Hadapi gelombang ujian..

Sabarlah tegar tawakal..

Arungi samudra kehidupan..

Ingatlah syukur pada-Nya..

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, ialah diciptakannya pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung padanya. Dan Allah menjadikan di antara kalian perasaan tenteram dan kasih sayang. Pada yang demikian ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

Ketika tiba masa usia aqil baligh, maka perasaan ingin memperhatikan dan diperhatikan lawan jenis begitu bergejolak. Banyak perasaan aneh dan bayang-bayang suatu sosok berseliweran tak karuan. Kadang bayang-bayang itu menjauh tapi kadang terasa amat dekat. Kadang seorang pemuda bisa bersikap acuh pada bayang-bayang itu tapi kadang terjebak dan menjadi lumpuh. Perasaan sepi tiba-tiba menyergap ke seluruh ruang hati. Hati terasa sedih dan hidup terasa hampa. Seakan apa yang dilakukannya jadi sia-sia. Hidup tidak bergairah. Ada setitik harapan tapi berjuta titik kekhawatiran justru mendominasi.

Perasaan semakin tak menentu ketika harapan itu mulai mengarah kepada lawan jenis. Semua yang dilakukannya jadi serba salah. Sampai kapan hal ini berlangsung? Jawabnya ada pada pemuda itu sendiri. Kapan ia akan menghentikan semua ini. Sekarang, hari ini, esok, atau tahun- tahun besok. Semakin panjang upaya penyelesaian dilakukan yang jelas perasaan sakit dan tertekan semakin tak terperikan. Sebaliknya semakin cepat / pendek waktu penyelesaian diupayakan, kebahagiaan & kegairahan hidup segera dirasakan. Hidup menjadi lebih berarti & segala usahanya terasa lebih bermakna.

Penyelesaian apa yang dimaksud? Menikah! Ya menikah adalah alat solusi untuk menghentikan berbagai kehampaan yang terus mendera. Lantas kapan? Bilakah ia bisa dilaksanakan? Segera! Segera di sini jelas berbeda dengan tergesa- gesa. Untuk membedakan antara segera dengan tergesa- gesa, bisa dilihat dari dua cara :

Pertama, tanda-tanda hati. Orang yang mempunyai niat tulus, kata Imam Ja'far, adalah dia yang hatinya tenang, sebab hati yang tenang terbebas dari pemikiran mengenai hal-hal yang dilarang, berasal dari upaya membuat niat murni untuk Allah dalam segala perkara. Kalau menyegerakan menikah karena niat yang jernih, Insya Allah hati akan merasakan sakinah, yaitu ketenangan jiwa saat menghadapi masalah-masalah yang harus diselesaikan. Kita merasa yakin, meskipun harapan & kekhawatiran meliputi dada. Lain lagi dengan tergesa-gesa. Ketergesaan ditandai oleh perasaan tidak aman & hati yang diliputi kecemasan yang memburu.

Kedua, tanda-tanda perumpamaan. Ibarat orang bikin bubur kacang hijau, ada beberapa bahan yang diperlukan. Bahan paling pokok adalah gula & kacang hijau. Jika gula & kacang hijau dimasukkan air kemudian direbus, maka akan didapati kacang hijau tidak mengembang. Ini namanya tergesa-gesa. Kalau gula baru dimasukkan setelah kacang hijaunya mekar ini namanya menyegerakan. Tapi kalau lupa, tidak segera memasukkan gula setelah kacang hijaunya mekar cukup lama orang akan kehilangan banyak zat gizi yang penting.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang selalu diberi pertolongan Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar & seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya" (HR Thabrani)

Banyak jalan yang dapat menghantarkan orang kepada peminangan & pernikahan. Banyak sebab yang mendekatkan dua orang yang saling jauh menjadi suami istri yang penuh barakah & diridhai Allah. Ketika niat sudah mantap & tekad sudah bulat, persiapkan hati untuk melangkah ke peminangan. Dianjurkan, memulai lamaran dengan hamdalah & pujian lainnya kepada Allah SWT. Serta Shalawat kepada Rasul-Nya. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Setiap perkataan yang tidak dimulai dengan bacaan hamdalah, maka hal itu sedikit barakahnya (terputus keberkahannya)" HR Abu Daud, Ibnu Majah & Imam Ahmad.

Setelah peminangan disampaikan, biarlah pihak wanita & wanita yang bersangkutan untuk mempertimbangkan. Sebagian memberikan jawaban segera, sebelum kaki bergeser dari tempat berpijaknya, sebab menikah mendekatkan kepada keselamatan akhirat, sedang calon yang datang sudah diketahui akhlaqnya, sebagian memerlukan waktu yang cukup lama untuk bisa memberi kepastian apakah pinangan diterima atau ditolak, karena pernikahan bukan untuk sehari dua hari.

Apapun, serahkan kepada keluarga wanita untuk memutuskan. Mereka yang lebih tahu keputusan apa yang terbaik bagi anaknya. Anda harus husnudzan pada mereka. Bukankah ketika meminang wanita berarti anda mempercayai wanita yang diharapkan oleh anda beserta keluarganya.

Keputusan apapun yang mereka berikan, sepanjang didasarkan atas musyawarah yang lurus, akan baik dan Insya Allah memberi akibat yang baik bagi anda. Tidak kecewa orang yang istikharah & tidak merugi orang yang musyawarah. Maka apapun hasil musyawarah, sepanjang dilakukan dengan baik, akan membuahkan kebaikan. Sebuah keputusan tidak bisa disebut buruk atau negatif, jika memang didasarkan kepada musyawarah yang memenuhi syarat, hanya karena tidak memberi kesempatan kepada anda untuk menjadi anggota keluarga mereka. Jika niat anda memang untuk silaturrahim, bukankah masih tersedia banyak peluang untuk menyambung?

Anda telah meminangnya dengan hamdalah, anda telah dimampukan datang oleh Allah Yang Maha Besar. Dia-lah Yang Maha Lebih Besar. Semuanya kecil. Ada pelajaran yang sangat berharga dari Bilal bin Rabbah tentang meminang. Ketika ia bersama Abu Ruwaihah menghadap kabilah Khaulan, Bilal mengemukakan : "Jika pinangan kami anda terima, kami ucapkan Alhamdulillah. Dan kalau anda menolak, maka kami ucapkan Allahu Akbar." Maka, kalau pinangan yang anda sampaikan ditolak, agungkan Allah, semoga anda tetap berbaik sangka kepada Allah & juga kepada keluarganya. Sebab bisa jadi, penolakan merupakan jalan pensucian jiwa dari kedzaliman diri sendiri, bisa jadi penolakan merupakan proses untuk mencapai kematangan, kemantapan & kejernihan niat. Sementara ada banyak hal yang dapat mengotori niat. Bisa jadi Allah hendak mengangkat derajat anda, kecuali anda justru malah merendahkan diri sendiri. Tapi hati perlu diperiksa, jangan-jangan perasaan itu muncul karena ujub.

Kekecewaan, mungkin saja timbul. Barangkali ada perasaan yang perih, barangkali juga ada yang merasa kehilangan rasa percaya diri saat itu. Ini merupakan reaksi psikis yang wajar, kecewa adalah perasaan yang manusiawi, tetapi ia harus diperlakukan dengan cara yang tepat agar ia tidak menggelincirkan ke jurang kenistaan yang sangat gelap. Kecewa memang pahit. Orang sering tidak tahan menanggung rasa kecewa, mereka berusaha membuang jauh-jauh sumber kekecewaan. Sekilas nampak tidak ada masalah, tetapi setiap saat berada dalam kondisi rawan. Perasaan itu mudah bangkit lagi dengan rasa sakit yang lebih perih. Dan yang demikian tidak dikehendaki Islam. Islam menghendaki kekecewaan itu menghilang perlahan-lahan secara wajar. Sehingga kita bisa mengambil jarak dari sumber kekecewaan dengan tidak kehilangan obyektivitas & kejernihan hati, kita menjadi lebih tegar, meskipun proses yang dibutuhkan untuk menghapus kekecewaan lebih lama.

Kalau anda merasa kecewa, periksalah niat anda. Dibalik yang dianggap baik, mungkin ada niat yang tidak lurus. Periksalah motif-motif yang melintas dalam batin. Selama peminangan hingga saat menunggu jawaban. Kemudian biarkan hati memproses secara wajar sampai menemukan kembali ketenangan secara mantap.

Tetapi kalau jawaban yang diberikan oleh keluarga wanita sesuai harapan, berbahagialah sejenak. Bersyukurlah. Insya Allah kesendirian yang dialami dengan menanggung rasa sepi sebentar lagi akan menghapus kepenatan selama di luar rumah. Insya Allah sebentar lagi.

Tunggulah beberapa saat. Setelah tiba masanya, halal bagi anda untuk melakukan apa saja yang menjadi hak anda bersamanya. Akan tiba masanya anda merasakan kehangatan cintanya. Kehangatan cinta wanita yang telah mempercayakan kesetiaannya kepada anda. Setelah tiba masanya, halal bagi anda untuk menemukan pangkuannya ketika anda risau.

Selama menunggu, ada kesempatan untuk menata hati. Melalui pernikahan Allah memberikan banyak keindahan & kemuliaan. Wanita boleh menawarkan Islam memberikan penghormatan yang suci kepada niat & ikhtiar untuk menikah. Nikah adalah masalah kehormatan agama, bukan sekedar legalisasi penyaluran kebutuhan biologis dengan lawan jenis. Islam memperbolehkan kaum wanita untuk menawarkan dirinya kepada laki-laki yang berbudi luhur, yang ia yakini kehormatan agamanya, dan kejujuran amanahnya menjadi suaminya. Dan Khadijah r.a atas teladan bagi wanita yang bermaksud untuk menawarkan diri.

Sikap menawarkan diri menunjukkan ketinggian akhlaq & kesungguhan untuk mensucikan diri. Sikap ini lebih dekat kepada ridha Allah & untuk mendapatkan pahala-Nya, Allah pasti mencatatnya sebagai kemuliaan & mujahadah yang suci. Tidak peduli tawarannya diterima atau ditolak, terutama kalau ia tidak mempunyai wali. Insya Allah, jika sikap menawarkan diri dilakukan dengan ketinggian sopan santun, tidak akan menimbulkan akibat kecuali yang maslahat. Seorang laki-laki yang memiliki pengetahuan yang mendalam pasti akan meninggikan penghormatan seperti ini, kecuali laki-laki yang rendah & tidak memiliki kehormatan, kecuali sekedar apa yang disangkanya sebagai kebaikan. Imam Bukhari menceritakan cerita dari Anas r.a ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah SAW dan berkata :

"Ya Rasulullah! Apakah baginda membutuhkan daku?" Putri Anas yang hadir & mendengarkan perkataan wanita itu mencela sang wanita yang tidak punya harga diri & rasa malu, "Alangkah sedikitnya rasa malunya, sungguh memalukan, sungguh memalukan." Anas berkata kepada putrinya : "Dia lebih baik darimu, Dia senang kepada Rasulullah SAW lalu dia menawarkan dirinya untuk beliau!" (HR Bukhari).

diringkas dr buku M. Faudzil `Adhim....................
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

KU INGIN JODOH YANG TERBAIK

Adalah suatu yang wajar jika setiap kita menginginkan jodoh kelak di kemudian hari
seorang yang sempurna di sana sini.akan tetapi apakah setiap orang akan mendapatkannya?
Bagaimana agar keinginan itu tdk sekadar angan2 saja??
Bagaimana pula jika ternyata kelak realiti tak seindah mimpi dan angan yang kita bayangkan ...???

* JODOH ADALAH POTRET DIRI *

Ungkapan ini tdk berlebihan krn bukankah pepatah ada menyatakan bahawa : barang siapa menanam
dia akan memetik? artinya dia akan menikmati hasil jerih payah yg dia usahakan
demikian juga seseorang yg berusaha menjadikan dirinya baik, menjaga dirinya dr hal-hal
yg jelek, dan terus meningkatkan kebaikan2 diri dia akn''memanen''jerih payahnya
kalau diri kita mengingkan orang lain dalam hal ini calon jodoh kita yg baik.
diapun menginginkan untk dirinya calon jodohnya yg baik pula.maka tdk pas kiranya
jika kita berharap mendapat jodoh yg''serba plus''sementara kita membiarkan diri kita
''Serba minus''.

Wajib untk kita selalu ingat bahawa jika kita ingin mendapatkan jodoh yg baik jadikan
diri kita baik terlebih dahulu allah swt.berfirman:''Wanita-wanita yang keji adalah untk laki-laki
yg keji, dan laki-laki yg keji adalah untk wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yg baik
adalah untk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik adalah untk wanita-wanita yg baik (pula)''
(QS.An-Nur: 26).

Dalam ayat lain allah swt.berfirman:

''Laki-laki yg berzina tdk berkahwin kecuali perempuan yg berzina atau perempaun yg musyrik;
dan perempaun yg berzina tdk di kawini kecuali oleh laki-laki yg berzina atau laki-laki yg
musyrik dan yang demikian itu di haramkan bagi orang2 yang beriman''(QS.An-Nur: 3).

kalau ada yg bertanya: mengapa ada isteri nabi yg derhaka, semisal isteri Nabi Luth dan Nabi
Nuh ...??? Di sini kita tdk melihatnya dr sisi yg baik untuk yg baik, akan tetapi kita khususnya
wanita boleh mengambil pelajaran bahawa kita hendaklah bersemangat dlm beramal soleh
krn kedudukan orang2 terdekat kita semisal pasangan hidup yg soleh tdklah menjamin
keselamatn diri kita dr azab allah.

Dan jangan lupa terkadang kita d uji dngn orang2 terdekat kita ..
kalau isteri nabi sahaja boleh seprti itu, apakah tdk mungkin lg isteri kita ...???
ketika kita menyedari hal ini,
maka semestinya sejak awal kita mencari yg terbaik dngn harapan akn terus baik
dan bahkan meningkat kebaikkannnya, dan tentu saja hendaknya mendorong kita
untuk menjadi lbh baik dan terus memperbaiki diri Bukankah blm tentu pasangan seseorang baik,
meski dia tergolong orang yg baik ...??? apakah lagi jika dia tdk termasuk orang yg baik ...???


* JANGAN HARAP TERIMA JADI *

Dalam segala hal, kita di tuntut untk banyak belajar. Orang tua khususnya ibu, begitu susah
payah mendidik balitanya agar bisa memakai pakaian sendiri, mengembalikan mainan
ke tempatnya semula, tdk sembarangan membuang sampah, mencuci tangan sebelum n sesudah makan dan seterusnya ...:
baru kemudian dia boleh besenang hati melihat si kecil tumbuh menjadi
anak yg baik dan membanggakan.

Demikian juga seorang suami or isteri, tdk boleh mengharapkan pasangannya menjadi isteri or suami
yg semakin baik, tnp berusaha membantu pasangannya untk itu, ketika seorang laki-laki
dan perempuan bertemu dalam suatu pernikahan, masing2 datang dngn kelebihan dan
kekurangan yg di sandangnya, kelebihan patut di syukuri, adapun kekurangan jangan di sesali.
bahkan hendaklah di usahakan bersama untk menguranginya or bahkan menghilangkannya
jika itu membolehkan jika tdk khususnya apabila berkaitan dngn fizikal maka memunculkan
kelebihan2 baru yg lbh bermakna drpada mempersoalkan kekurangan yg tdk mungkin lg di perbaiki.
itu setelah pernikahan sebelum pernikahan ...???
jangan pernah berharap calon jodoh yg sempurna.kenyataannya memang tdk ada peribadi yg
sempurna yg terpenting, kedua-dua pihak yg hendak berkahwin adalah peribadi yg siap
dan punya motivasi berubah menjadi lebihi baik.syukur-syukur sudah punya track record yg bagus.


* AKUI KELEMAHAN DIRI SENDIRI *

Ketika melihat diri, mesti jujur kita akui bahawa kita adalah hamba yg dha'if mungkin sekali segala
yg tampak setelah proses ta'aruf syar'i atau terdenger tentang seseorang yg sedang
kita bidik untk di jadikan pasangan hidup adalah serba indah tak cacat sedang apa yg
di balik itu yg tdk sampai ke mata n telinga kita, kita tdk mengetahuinya bahkan orang yg
kita anggap tedekat dngn si dia pun blh jd tdk ngeh ... Letakkan si dia itu memang sprt apa yg
kita lihat dan kita denger.tetapi bukankah si dia boleh jd baik bagi orang lain dan tdk
baik bagi kita ...??? tidakkah kita pernah mendengar ada pasangan suami-isteri yg bercerai gara2
lama tdk mendapat keturunan selepas masing2 berkahwin lagi ternyata masing2 di kurniakan
keturunan lalu mesti gimana ....???

Sikap yg terbaik tentu saja kita bertanya kepada yg maha mengetahui Dialah ALLAH dzat yang
maha berkuasa atas segala sesuatu ALLAH berfirman,

''......... Boleh jadi km membenci sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi km mencintai sesuatu

padahal ia buruk bagimu, ALLAH maha mengetahui, sedangkan kamu tdk mengetahui''(QS.AL-Baqarah: 216).

Adapun caranya telah di ajarkan oleh Rasulullah saw.yaitu solat istikharah penuh dngn doanya
So, jika ingin jodoh yg baik ....??? perbaiki diri, jangan menghayal yang tdk2, jangn berharap yg
berlebihan, banyak2 berdoa, dan jangn lupa bertanya kepada yang maha tahu dan
maha kuasa semoga dapat jodoh yang terbaik ....!!! amin .... amin

Jodoh Antara Doa Dan Usaha

Tingginya usia kadang tak selalu dibarengi dengan banyaknya anak atau adanya pendamping hidup di sisi. Banyak orang yang masih wira-wiri sendirian bahkan di usia yang nyaris 'magrib'.Bila dihadapi dengan sabar dan santai, tak jadi masalah, apalagi bila sang lajang juga punya banyak aktiviti positif.

Berbagai alasan diberikan para lajang seputar kelewatan berkahwin, paling klasik tentu "belum jodoh". Masih banyak alasan lain yang mewakili fikirkan. Tentang sang jodoh. Alasan pertama yang paling banyak diajukan adalah, belum mapan, baik oleh para laki-laki atau para perempuan. Belum mapan di sini tak hanya seputar kemapanan kewangan, seperti sudah punya pekerjaan tetap, rumah, kereta, deposit, sampai kos penyelenggaraan pernikahan yang kian hari memang kian membengkak saja. Kemapanan di sini juga termasuk kemapanan psikologi. Banyak yang masih ingin have fun dulu. Pacaran saja dulu, kata mereka. Alasannya, kalau buru-buru nikah nanti cepat bosan. Atau masih merasa egois, belum dapat berkongsi hidup dengan orang lain. Nah, pada saat kita merasa sudah cukup mapan, usia sudah berangkat senja.

Ada juga yang beralasan masih ingin memburu kerjaya dan pendidikan. Masih ingin S3 dulu, atau nanti kalau sudah level pengurus baru memikirkan nikah. Setelah itu semua tercapai, bukan ketenangan yang didqpat, malah kegelisahan, kerana merasa terlambat menikah. Apa lagi bila ia perempuan.

Sebahagian kecil ada juga yang memberikan alasan telat nikahnya kerana minder. Merasa belum pantas dan tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan. "Ah, saya kan nggak cantik, mana ada orang yang mahu sama saya", mungkin itu satu dalilnya. KH. Cholid Fadillah, salah seorang ketua MUI Pusat pernah berkomentar tentang masalah jodoh ini. "Orang yang belum mendapat jodoh bukan bererti Allah tidak mempunyai pasangan baginya. Allah menghargai ikhtiar seseorang. Usia tiga puluh belum berkahwin itu kasuistis, dan mereka yang mengalaminya perlu pergaulan yang lebih luas lagi. Allah telah menentukan jodoh tapi manusia harus tetap berusaha dan berdoa. Jika sudah berusaha dan berdoa belum juga dapat, itu mungkin ujian dari Allah. Dan Allah tidak menguji manusia di luar kemampuan manusia itu. "

Senada dengan itu, seorang pakar psikologi dan penulis buku-buku best seller tentang pernikahan dan pendidikan kanak-kanak, Muhammad Fauzil Adhim, berkomentar tentang perlunya masyarakat memahami bahawa Islam tidak melarang perempuan berinisiatif dalam mencari jodoh. "Selama ini kan sikap seperti ini dipandang tabu oleh masyarakat kita. Sebagai manusia kita perlu ikhtiar dan konsisten dengan ikhtiar itu. Misalnya kita berdoa ingin diberikan suami yang baik. Eh datang laki-laki yang baik malah ditolak. Bisa jadi nanti Allah melambatkan jodoh kita. Kalau sudah begini, mintalah ampun pada Allah, "katanya.

Jadi, sebetulnya berkahwin itu hanya soal waktu, berdoa dan ikhtiar. Rasa gelisah dan cemas yang sering menyerang boleh diselidiki dengan banyak hal yang justru membuat kita makin bijak. Walaupun seandainya kita berkahwin di usia senja, kita tetap membawa kebaikan dan malah tambah bijaksana.

Yang perlu adalah meyakinkan diri bahawa jodoh adalah hak prerogatif Allah tanpa mengurangkan usaha kita. Mula melihat kewujudan seseorang bukan dari segi fizikalnya semata-mata, tetapi lebih pada agamanya. Setiap kali kita menemukan kelemahan yang tidak prinsipil, cubalah untuk memahami bahawa setiap orang pasti. Punya kelemahan dan itu boleh diperbaiki. Jangan pula kita bersaing secara tidak sihat demi memburu jodoh. Jodoh tidak didapati, malah putus hubungan pertemanan. Jangan lupa banyak berdoa, zikir, puasa sunnah dan membaca Al-Quran, di samping kegiatan yang positif dan bukan kegiatan sia-sia yang menghabiskan wang dan mengandungi unsur maksiat. Akan sangat baik pula bila mau mengikuti majlis pengajian, siapa tahu di situ anda boleh dapat ketenangan ilmu, wawasan, teman, dan (mungkin jodoh. Perbanyaklah silaturahmi baik dengan teman-teman maupun keluarga tidak sekali-kali Mampirlah ke rumah kenalan dan menolong orang yang kesusahanserta belajar mempersiapkan diri berumahtangga.

Demikian banyak hal yang bisa di lakukan seorang lajang dalam mengisi masa sendirinya.Insya Allah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin anda tetap boleh jadi orang yang bermanfaat tidak hanya buat diri sendiri tapi juga buat orang lain. Mudah-mudahan dengan ini, Allah memewahkan jalanNya bagi kita dan anda, para lajang.
(Sumber: www.prayoga.net)

ErT! SeBuaH CinTa

Penulis: Al-Ustadz Abu Usamah Abdurrahman bin Rawiyah An-Nawawi

Cinta bisa jadi merupakan kata yang paling banyak dibicarakan manusia. Setiap orang memiliki rasa cinta yang bisa diaplikasikan pada banyak hal. Wanita, harta, anak, kenderaan, rumah dan berbagai kenikmatan dunia lainnya merupakan sasaran utama cinta dari kebanyakan manusia.Cinta yang paling tinggi dan mulia adalah cinta seorang hamba kepada Rabb-nya.

Kita sering mendengar kata yang terdiri daripada lima huruf: CINTA. Setiap orang bahkan telah merasakannya, namun sulit untuk mendefinisikannya. Terlebih untuk mengetahui hakikatnya.Berdasarkan hal itu, seseorang dengan gampang bisa keluar dari jeratan hukum syariat ketika bendera cinta diangkat. Seorang pezina dengan gampang tanpa diiringi rasa malu mengatakan, "Kami sama-sama cinta, suka sama suka." Kerana alasan cinta, seorang bapa membiarkan anak-anaknya bergelumang dalam dosa. Dengan alasan cinta pula, seorang suami melepas isterinya hidup bebas tanpa ada ikatan dan tanpa rasa cemburu sedikitpun.

Demikianlah bila kebodohan telah melanda kehidupan dan kebenaran tidak lagi menjadi tolok ukur. Dalam keadaan seperti ini, syaitan tampil mengibarkan benderanya dan menabuh genderang penyesatan dengan mengangkat cinta sebagai landasan bagi Pembolehan terhadap segala yang dilarang Allah dan Rasul-Nya Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik. "(Ali 'Imran: 14)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam haditsnya dari Sahabat Tsauban radhiallahu' anhu berkata:

'Hampir-hampir orang-orang yang kafir mengerumuni kalian sebagaimana berkerumunnya di atas sebuah tempayan.' Seseorang berkata: 'Wahai Rasulullah, apakah jumlah kita saat itu sangat sedikit?' Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:' Bahkan kamu ketika itu banyak akan tetapi kamu bagaikan buih di atas air. Dan Allah benar-benar akan mencabut rasa ketakutan dari hati musuh kamu dan benar-benar Allah akan campakkan ke dalam hati kamu (penyakit) al-wahn. 'Seseorang bertanya:' Apakah yang dimaksudkan dengan al-wahn wahai Rasulullah? 'Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam menjawab: 'Cinta dunia dan takut mati.' (HR. Abu Daud no. 4297, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud no. 3610)

Asy-Syaikh 'Abdurrahman As-Sa'di dalam tafsirnya mengatakan:
"Allah memberitakan dalam dua ayat ini (Ali 'Imran: 13-14) tentang keadaan manusia kaitannya dengan masalah lebih mencintai kehidupan dunia daripada akhirat, dan Allah menjelaskan perbezaan yang besar antara dua negeri tersebut. Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberitakan bahwa hal-hal tersebut (syahwat, wanita, anak-anak, dll) dihiaskan kepada manusia sehingga membelalakkan pandangan mereka dan menancapkannya di dalam hati-hati mereka, semuanya berakhir kepada segala bentuk kelazatan jiwa. Sebahagian besar condong kepada perhiasan dunia tersebut dan menjadikannya sebagai tujuan terbesar dari cita-cita, cinta dan ilmu mereka.Padahal semua itu adalah perhiasan yang sedikit dan akan hilang dalam waktu yang sangat cepat. "

Definisi Cinta
Untuk mendefinisikan cinta sangatlah sulit, kerana tidak boleh dihubungi dengan kalimat dan sulit diraba dengan kata-kata. Ibnul Qayyim berkata: "Cinta tidak boleh ditakrifkan dengan jelas, bahkan bila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas, (berarti) definisinya adalah adanya cinta itu sendiri." (Madarijus Salikin, 3 / 9)

Hakikat Cinta
Cinta adalah sebuah amalan hati yang akan terwujud dalam (amalan) lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dengan apa yang diredhai Allah, maka ia akan menjadi ibadah. Dan sebaliknya, jika tidak sesuai dengan redha-Nya maka akan menjadi perbuatan maksiat. Berarti jelas bahawa cinta adalah ibadah hati yang bila keliru menempatkannya akan menjatuhkan kita ke dalam sesuatu yang dimurkai Allah iaitu kesyirikan.

Cinta kepada Allah
Cinta yang dibina kerana Allah akan menghasilkan kebaikan yang sangat banyak dan berharga.Ibnul Qayyim dalam Madarijus Salikin (3 / 22) berkata: "Sebahagian salaf berkata bahawa suatu kaum telah mengaku cinta kepada Allah, lalu Allah menurunkan ayat ujian kepada mereka:

"Katakanlah: jika kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu." (Ali 'Imran: 31)
Mereka (sebahagian salaf) berkata: "(firman Allah) 'Nescaya Allah akan mencintai kamu', ini adalah isyarat tentang bukti kecintaan tersebut dan buah serta faidahnya. Bukti dan tanda-tanda (cinta kepada Allah) adalah menurut Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, faidah dan buahnya adalah kecintaan Allah kepada kamu. Jika kamu tidak mengikuti Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam maka kecintaan Allah kepada kamu tidak akan terwujud dan akan hilang. "

Bila demikian keadaannya, maka mendasarkan cinta kepada orang lain kerana-Nya tentu akan mendapatkan kemuliaan dan nilai di sisi Allah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu' anhu:

"Tiga perkara yang sesiapa ketiganya ada pada dirinya, nescaya dia akan mendapatkan manisnya iman. Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dan hendaklah dia mencintai seseorang dan tidaklah dia mencintainya melainkan kerana Allah, dan hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan dia dari kekufuran itu sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka. "(HR. Al-Bukhari no. 16 dan Muslim no. 43)

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa di antara sebab-sebab adanya cinta (kepada Allah) ada sepuluh perkara:

Pertama, membaca al-Quran, menggali, dan memahami makna-maknanya serta apa yang dimaukannya.
Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunnah setelah amalan wajib.
Ketiga, terus-menerus berzikir dalam setiap keadaan.
Keempat, mengutamakan kecintaan Allah di atas kecintaanmu ketika bergejolaknya nafsu.
Kelima, hati yang selalu menggali nama-nama dan sifat-sifat Allah, menyaksikan dan mengetahuinya.
Keenam, menyaksikan kebaikan-kebaikan Allah dan segala nikmat-Nya.
Ketujuh, tunduknya hati di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Kelapan, berkhalwat (menyendiri dalam bermunajat) bersama-Nya ketika Allah turun (ke langit dunia).
Kesembilan, duduk bersama-sama orang-orang yang memiliki sifat cinta dan jujur.
Kesepuluh, menjauhkan segala sebab-sebab yang akan menghalang hati dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
(Madarijus Salikin, 3 / 18, dengan ringkas)
Cinta adalah Ibadat
Sebagaimana telah lewat, cinta merupakan salah satu daripada ibadah hati yang memiliki kedudukan tinggi dalam agama sebagaimana ibadah-ibadah yang lain. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu." (Al-Hujurat: 7)

"Dan orang-orang yang beriman lebih cinta kepada Allah." (Al-Baqarah: 165)

"Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya." (Al-Maidah: 54)

Adapun dalil dari hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah hadis Anas yang telah disebut di atas yang dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim: "Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya."

Macam-macam cinta
Di antara para ulama ada yang membahagikan cinta menjadi dua bahagian dan ada yang membaginya menjadi empat. Asy-Syaikh Muhammad bin 'Abdulwahhab Al-Yamani dalam kitab Al-Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid (hal. 114) menyatakan bahawa cinta ada empat jenis:

Pertama, cinta ibadah.
Iaitu mencintai Allah dan apa-apa yang dicintai-Nya, dengan dalil ayat dan hadis di atas.

Kedua, cinta syirik.
Iaitu mencintai Allah dan juga selain-Nya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan (bagi Allah), mereka mencintai tandingan-tandingan tersebut seperti cinta mereka kepada Allah." (Al-Baqarah: 165)

Ketiga, cinta maksiat.
Iaitu cinta yang akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yang diharamkan Allah dan meninggalkan apa-apa yang diperintahkan-Nya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang sangat." (Al-Fajr: 20)

Keempat, cinta tabiat.
Seperti cinta kepada anak, keluarga, diri, harta dan perkara lain yang dibenarkan. Namun tetap cinta ini sebatas cinta tabiat. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Apabila mereka (saudara-saudara Yusuf 'alaihis salam) berkata:' Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita." (Yusuf: 8)

Jika cinta tabiat ini menyebabkan kita tersibukkan dan lalai dari ketaatan kepada Allah sehingga meninggalkan kewajipan-kewajipan, maka berubahlah menjadi cinta maksiat. Bila cinta tabiat ini menyebabkan kita lebih cinta kepada benda-benda tersebut sehingga sama seperti cinta kita kepada Allah atau bahkan lebih, maka cinta tabiat ini berubah menjadi cinta syirik.

Buah cinta
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu berkata:
"Ketahuilah bahawa yang menggerakkan hati menuju Allah ada tiga perkara: cinta, takut, dan harapan. Dan yang paling kuat adalah cinta, dan cinta itu sendiri merupakan tujuan karena akan didapati di dunia dan di akhirat. "(Majmu 'Fatawa, 1 / 95)

Asy-Syaikh 'Abdurrahman As-Sa'di rahimahullahu menyatakan:
"Dasar tauhid dan ruhnya adalah keikhlasan dalam mewujudkan cinta kepada Allah. Cinta merupakan landasan penyembahan dan peribadatan kepada-Nya, bahkan cinta itu merupakan hakikat ibadah. Tidak akan sempurna tauhid kecuali bila kecintaan seorang hamba kepada Tuhannya juga sempurna. "(Al-Qaulus Sadid, hal. 110)

Bila kita ditanya bagaimana hukumnya cinta kepada selain dari Allah? Maka kita tidak boleh mengatakan haram dengan spontan atau mengatakan boleh secara global, akan tetapi jawapannya perlu dirinci.

Pertama, bila dia mencintai selain Allah lebih besar atau sama dengan cintanya kepada Allah, maka ini adalah cinta syirik, hukumnya jelas haram.
Kedua, bila dengan cinta kepada selain Allah menyebabkan kita terjatuh dalam maksiat maka cinta ini adalah cinta maksiat, hukumnya haram.
Ketiga, bila merupakan cinta tabiat maka yang seperti ini dibenarkan.

Wallahu a'lam

Get Your Frappr GuestMap!
Powered by Platial