GuNaKaNlAh MaSa MuDaMu DeNgAn MeNuNtUt ILMu AtAu mEnGaJaRkAnNyA kEpAdA oRaNg LaIn
RSS

Friday, December 31, 2010

Cinta daripada pandangan Imam Al-Syafie

Salam kepada para follower blog MEMBANGUN BERSAMA ISLAM yg dikasihi sekalian...rasanya sudah lama ana menyepi dlm bidang blog ni.. Jadi utk entri kali ni insyaAllah ana nak kita bincangkan pasal cinta....  Knape CINTA?? Ana bercinta ke?? huhu.. Xde r.. Sume org wajib bercinta... Kita wajib cintakan Allah,Rasul dan saudara seakidah dgn kita..... Jadi kalau sape2 yg ckp dia xpnah bercinta tu sgt plik la sbb CINTA tu ialah fitrah yg Allah berikan untuk manusia..huhu.. Jadi kali ini ana skadar nak kongsikan sedikit mengenai cinta menurut pandangan Imam Shafie... smuga entri ni bermanfaat kpd semua dalam mengenali erti ape tu cinta....hehe

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


Subhanallah... Indahnya pandangan Imam Shafie mengenai CINTa.... Jadi, sama2lah kita menghargai CInta dalam hidup kita ni... >_<

0 comments:

Get Your Frappr GuestMap!
Powered by Platial