GuNaKaNlAh MaSa MuDaMu DeNgAn MeNuNtUt ILMu AtAu mEnGaJaRkAnNyA kEpAdA oRaNg LaIn
RSS

Saturday, November 28, 2009

KiSaH aKu DaN wAnItA......

Ehem2... sebagaimana yang korang tahu, lelaki dan perempuan tu mempunyai satu fitrah yabg berkait rapat antara satu sama lain.. tapi dalam situasi aku plak berbeza skit.. maybe pasal aku dah lama x bergaul ngan pompuan ni.. start daripada darjah 3 hingga ke form 5..lama gak tu.. ni sume pasal sorang bdak pompuan yg suke buli aku time darjah 3 dulu.. pasal dia la aku jadi kurang kamceng ngan pompuan.. haish.. geram btol dibuatnya.. agy satu sbab ialah, pasal bdak pompuan slalu je psycho aku time exam dulu...slain tu, diorang pernah rampas pemadam aku satu plastik kat skolah dulu... time tu la aku jadi marah sangat2...

aku dah x leh nak sabar n terpukul bdak pompuan tu... aku pukul slow je tapi dia menangis(manja tol..haish)..tapi memang x dapat diduga btol la nasib aku time tu pasal guru besar lalu kat klas aku time bdak pompuan tu nangis...bdak pompuan tu pon satu hal, yg dia p ngadu kat guru besar yg aku pukul dia tu knape...haish..x pasal2 aku plak kna marah.. mulai ary tu la aku dah azam yg sume pompuan ary tu adalah musuh ketat aku n x pernah agy cakap ngan diorang.. aku mula berkurung dalam umah je start ary tu pasal jiran2 aku kbnyakannya pompuan.. aku pernah cakap kat mak aku yg aku x nak kawen nga pompuan pasal diorang jahat(bdak2 la katakan..x matang agy time tu..huhu)

sbab tu la aku pilih utk sambung blajar kat smasza ladang ble naik skolah menengah pasal skolah tu je satu-satunya kat trg ni yg khas untuk plajar lelaki je..huhu..kat situlah aku baru dapat tunjukkan diri aku yg sbenar... aku slalu wat bising dalam klas.. dah lupa sgala-galanya dendam ngan bdak2 pompuan skolah rendah aku tu... lpas tu, kat skolah ni gak la aku mulai ada minat untuk mendalami ilmu2 agama ni..

lpas abis blajar kat skolah ni, mak aku suruh la aku ikut kursus bi anjuran ptpl slama sbulan stengah sementara tggu result spm..kat sini la aku mula bergaul balik ngan pompuan ni pasal lecturer slalu suruh kitorang wat study group yg terdiri drpda kaum adam n hawa dalam setiap group..tapi aku slalu snyap je time discussion tu pasal x nak la sibuk2 bincang ngan girl ni.. akhir skali aku masuk kolej matrikulasi pahang n sring gak la terlibat ngan aktiviti2 surau ni.. kat sini la aku jmpa bdak2 pompuan pompuan yg btol2 baik.. tapi diorang ada gak yg cakap aku ni x reti nak paham prasaan wanita.. so, skrg ni aku tgah blajar la cam ne nak jaga prasaan wanita tu.. kini aku blajar kat IPGM kampus Ipoh... aku harap agar aku beraya di sini n xde agy persengketaan antara aku ngan mana2 plajar kat sini x kira sama ada laki2 mahupon wanita sbab hidup aku xkan tenagn slagi aku ada simpan dendam kat seseorang ataupon seseorang menyimpan dendam kat aku... smuga aku dijauhi oleh sifat dendam ini...insyaAllah..

Thursday, November 26, 2009

TiBa Di IpGm KaMpUs IpOh.......CaMpUs LiFe

13 Julai 2009.. Itulah hari pertama aku menjejakkan kaki ke ipgm kampus Ipoh.. Pada mulanya aku berasa gemuruh kerana inilah kali pertama aku blajar kat tempat yabg jauh ngan family.. Tambahan pulak, aku xde saudara mara langsung kat negeri perak.. Hampeh tol.. Ngatkan aku dapat blajar kat IPIS asalnya pasal aku dapat kos PAI/BI/BA.. tapi nak wat cam ne.. redha je la ngan apa yang ada..huhu..

sbenarnya aku x la rasa bimbang sangat blajar kat sini pasal ada sorang geng aku yang blajar kat sini gak..dia ambik kos sama ngan aku kat sini.. nama dia azahari dan dia blajar satu skolah and satu kelas ngan aku dulu (sahabat dunia akhirat la kiranya..huhu).. tapi x sangka la plak yang dia jadi roomate aku kat maktab ni... nasib2..

aku rase hepi bile sampai kat maktab ni... aku try la cari bdak2 yang sama kos ngan aku.. tapi aku x dapat bezakan rupa bakal2 ustaz ngan muka bakal cikgu subjek2 lain.. tiba2, aku nampak sorang bdak pompuan yg pakai tudung labuh.. aku ngatkan dia tu bdak yang ambik kos sama ngan aku tapi rupa-rupanya dia ambik kos BM.. setelah disiasat btol2, dia tu bdak j2.. ish3.. tekaan aku silap rupanye..... malu dibuatnya.. tapi hari tu la merupakan hari paling gembira bagi aku sepanjang berada kat maktab ni.. rase cam x nak bagi masa berjalan je.. ganbatte sayed.. chayok2.. huhuhu

PeRsEdIaAn Ke iPgM kAmPuS iPoH....

Alhamdulillah.. Hajatku untuk melanjutkan pengajian ke ipgm kampus ipoh telah termakbul akhirnya.. bukan aku sorang je yg gembira... Family aku pon tumpang gembira gak.. diorang la yang lebih-lebih buat persediaan untuk aku sambung blajar kat maktab ni.. ayah aku sibuk pergi cari baju-baju kemeja dan kasut untuk aku pakai kat maktab.. mak aku plak sibuk kemaskan baju-baju aku untuk dibawa ke maktab... kakak aku plak pergi beli peta negeri perak semata-mata nak cari lokasi kawasan maktab yg lbih tepat (mana la taw kot2 tersesat kat tengah jalan).. aku dilayan macam raja je.. tak bleh wat keje langsung..

apa yang aku bleh buat untuk persediaan aku cume beli peralatan2 tambahan cam buku, alat mandi dan lain2 je utk bawak kat maktab tu.. aku pon pegi gak ke yayasan terangganu untuk ambik dana persediaan ke maktab ni sbanyak rm 500 untuk bayar yuran pendaftaran.. setelah difikirkan seketika, terlalu banyak pengorbanan yang telah keluarga aku lakukan untuk aku menyambung pengajianku ke maktab.. mereka langsung tak mengira jumalah wang yg telah mereka habiskan untuk aku... skrg la masanya untuk aku balas jasa mereka semua dengan blajar sebaik mungkin di ipgm ini dan menjadi seorang guru yang baik sebagaimana yang diharapkan oleh mereka semua.. insyaAllah.

Wednesday, November 25, 2009

NoStAlGiA PeRjAlAnAn Ke IpGm KaMpUs IpOh...

15 jun 2009.. Itulah detik permulaan diriku meneruskan pengajian ku ke peringkat yg lebih tinggi... Aku memilih kolej matrikulasi pahang sbagai tempat pengajianku yang pertama selepas SPM sementara menunggu tawaran untuk pengajianku maktab bagi mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang guru yang berjaya..

Tapi, setelah beberapa minggu aku berada di situ, perasaan sayangku terhadap kolej itu mulai timbul. Harapan aku untuk menyambung pengajian ke maktab pada asalnya mulai pudar begitu saje.. Pelbagai pengalaman juga telah aku terima dan hadapi di kolej matrikulasi ini seperti masuk hutan,mandi lumpur,kerjasama berkumpulan dan sebagainya.....aku berasa sungguh hepi berada di sini dan sangat bersyukur kerana aku masih dapat mengikuti pengajian di sini dengan baik... Tapi, detik kebahagiaan ni x bertahan lama..

Pada 26 jun 2009, aku telah dapat satu mesej yang mengejutkan aku dari tidorku.. mesej tersebut menyatakan bahawa aku telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajianku ke IPGM KAMPUS IPOH aku dikehendaki mendaftarkan diriku ke sana pada 13 julai 2009.. Aku berada dalam situasi enigma ketika itu.. wajarkah aku meninggalkan kolej matrikulasi kesayanganku ini.. aku terus call parents aku untuk memberitahu berita tersebut dan berniat untuk memberitahu mereka bahawa aku tak mahu lagi blajar kat maktab. aku hanya nak stay kat matrik ni.. Tapi, belum sempat lagi aku menyuarakan isi hati aku tu, parents aku dah menunjukkan reaksi yang gembira terhadap berita kejayaanku untuk menyambung pengajianku ke maktab itu.. jadi, aku membatalkan niatku untuk stay kat matrik tu dan mulai menguruskan prosedur berhenti daripada matrik tu bagi tidak menghampakan parents aku..

Akhirnya, pada 7 julai 2009, aku telah disahkan berhenti daripada kolej matrikulasi pahang.. Saat yang paling menyedihkan ialah ketika ingin berpisah dengan kawan-kawanku di sana.. Namun apakan daya, setiap pengorbanan mesti akan ada hikmahnya.. No pain, no gain.. Jadi,aku teruskan hajat kedua orang tuaku dan hajat asalku untuk menyambung pengajianku ke IPGM kampus Ipoh dengan hati yang redha.. Smoga aku berjaya di sini.. Amiin...

Get Your Frappr GuestMap!
Powered by Platial