GuNaKaNlAh MaSa MuDaMu DeNgAn MeNuNtUt ILMu AtAu mEnGaJaRkAnNyA kEpAdA oRaNg LaIn
RSS

Wednesday, November 25, 2009

NoStAlGiA PeRjAlAnAn Ke IpGm KaMpUs IpOh...

15 jun 2009.. Itulah detik permulaan diriku meneruskan pengajian ku ke peringkat yg lebih tinggi... Aku memilih kolej matrikulasi pahang sbagai tempat pengajianku yang pertama selepas SPM sementara menunggu tawaran untuk pengajianku maktab bagi mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang guru yang berjaya..

Tapi, setelah beberapa minggu aku berada di situ, perasaan sayangku terhadap kolej itu mulai timbul. Harapan aku untuk menyambung pengajian ke maktab pada asalnya mulai pudar begitu saje.. Pelbagai pengalaman juga telah aku terima dan hadapi di kolej matrikulasi ini seperti masuk hutan,mandi lumpur,kerjasama berkumpulan dan sebagainya.....aku berasa sungguh hepi berada di sini dan sangat bersyukur kerana aku masih dapat mengikuti pengajian di sini dengan baik... Tapi, detik kebahagiaan ni x bertahan lama..

Pada 26 jun 2009, aku telah dapat satu mesej yang mengejutkan aku dari tidorku.. mesej tersebut menyatakan bahawa aku telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajianku ke IPGM KAMPUS IPOH aku dikehendaki mendaftarkan diriku ke sana pada 13 julai 2009.. Aku berada dalam situasi enigma ketika itu.. wajarkah aku meninggalkan kolej matrikulasi kesayanganku ini.. aku terus call parents aku untuk memberitahu berita tersebut dan berniat untuk memberitahu mereka bahawa aku tak mahu lagi blajar kat maktab. aku hanya nak stay kat matrik ni.. Tapi, belum sempat lagi aku menyuarakan isi hati aku tu, parents aku dah menunjukkan reaksi yang gembira terhadap berita kejayaanku untuk menyambung pengajianku ke maktab itu.. jadi, aku membatalkan niatku untuk stay kat matrik tu dan mulai menguruskan prosedur berhenti daripada matrik tu bagi tidak menghampakan parents aku..

Akhirnya, pada 7 julai 2009, aku telah disahkan berhenti daripada kolej matrikulasi pahang.. Saat yang paling menyedihkan ialah ketika ingin berpisah dengan kawan-kawanku di sana.. Namun apakan daya, setiap pengorbanan mesti akan ada hikmahnya.. No pain, no gain.. Jadi,aku teruskan hajat kedua orang tuaku dan hajat asalku untuk menyambung pengajianku ke IPGM kampus Ipoh dengan hati yang redha.. Smoga aku berjaya di sini.. Amiin...

2 comments:

izzah said...

Me da first!!
yessa

SaYeD ZuLHaFiZ said...

to miss ladyboss>>>congratulations..hehe

Get Your Frappr GuestMap!
Powered by Platial