GuNaKaNlAh MaSa MuDaMu DeNgAn MeNuNtUt ILMu AtAu mEnGaJaRkAnNyA kEpAdA oRaNg LaIn
RSS

Saturday, June 11, 2011

:golongan 'bi ghairi hisab':

sedar x sedar skrg ni kita dah hidup dalam dunia akhir zaman...apabila bercakap tentang dunia akhir zaman, pernahkah kita terfikir mengenai golongan yang akan berada diakhirat nanti? golongan yang manakah kita akan ditempatkan dalam akhirat nanti? jadi, hari ni insyaAllah saya akan cuba membincangkan sedikit sebanyak mengenai salah satu golongan yang akan berada di akhirat nanti iaitu golongan "bi ghairi hisab" mengikut apa yang saya baca dan pellajari sebelum ini..(sape2 yg ada isi tambahan bleh la tambah atau komen ye...share ilmu x rugi pon... :) )

“Setiap yang ada di atas muka bumi ini akan binasa dan yang kekal hanyalah Zat Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Besar.”
(QS. Ar Rahman: 27)

Ketika seluruh makhluk di kumpulkan di Padang Mahsyar, kesemua manusia yang begitu banyak akan dibariskan oleh Allah swt. sebanyak 120 barisan. Akan tetapi, di antara 120 barisan itu, hanya tiga barisan saja daripada sekian banyaknya manusia yang matinya membawa iman sementara 117 barisan yang lain itu adalah terdiri dari orang-orang kafir dan mereka akan kekal di dalam neraka.

Oleh kerana iman manusia di antara satu sama lain tidak sama, maka Allah swt. membahagikan tiga barisan ini kepada empat barisan pula atau kita katakan bahawa mereka yang mati membawa iman itu dibahagikan kepada empat golongan iaitu:

1)    Golongan ‘bi ghairi hisab’ (golongan yang tidak dikenakan hisab)
2)    Golongan ‘Ashabul yamin’ (golongan yang menerima suratan di tangan kanan)
3)    Golongan ‘Ashabus syimal’ (golongan yang menerima suratan di tangan kiri)
4)    Golongan ‘Ashabul A’raf’ (golongan yang berada di antara Syurga dan Neraka)

Siapakah yang dikategorikan dalam golongan ‘bi ghairi hisab’. Golongan ‘bi ghairi hisab’ adalah terdiri dari para nabi dan rasul dan para aulia Allah (kekasih Allah). Para aulia Allah adalah insan yang memang bersungguh-sungguh menjaga setiap perintah dan larangan dari Allah. Mereka begitu menjaga hal yang wajib dan sunat dan bersungguh-sungguh juga  meninggalkan hal yang haram bahkan hal yang makruh juga mereka tinggalkan.

Para aulia Allah adalah mereka yang paling sabar dan sentiasa redha terhadap apa saja yang menimpa mereka. Hati mereka sentiasa baik sangka kepada Allah terhadap apa saja musibah yang menimpa mereka.

Selain itu, mereka yang termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ ini adalah para syuhada (orang yang mati syahid). Mereka adalah golongan orang ‘Muqarrabin’ yang ertinya orang yang sangat dekat dengan Allah swt. disebabkan pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Allah swt. Bahkan mereka sanggup korbankan nyawa mereka semata-mata untuk mempertahankan agama Allah swt. Oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah swt.

Orang yang sangat sabar juga termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’. Sabar itu pulak terbahagi kepada tiga bahagian:

1)      Sabar melaksanakan perintah dari Allah swt.
2)      Sabar menjauhi larangan dari Allah swt.
3)      Sabar menghadapi segala ujian dari Allah swt.

Sabar melaksanakan perintah Allah swt. bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Antara perkara yang termasuk dalam kategori sabar melaksanakan perintah Allah swt. ialah seperti sabar mengerjakan solat, berpuasa, berjuang, dan sebagainya. Semuanya itu bukan hal yang mudah untuk dilaksanakan. Sekiranya kita berjaya untuk sabar melaksanakan perintah dari Allah swt., maka lebih sukar lagi bagi kita untuk sabar menjauhi larangan dari Allah swt. terutamanya untuk boleh sabar menjauhi larangan Allah swt. pada maksiat pandangan mata kerana setiap hari kita sentiasa diuji melalui ujian yang boleh dilihat dihadapan mata kita seperti ujian melalui kecantikan dan aurat wanita.

Setelah kita bersabar terhadap segala larangan Allah swt., maka lebih sukar lagi bagi kita untuk sabar menerima ujian dari Allah swt. Kita dituntut agar bersabar terhadap ujian-ujian dari Allah swt. kepada manusia seperti sakit, miskin, difitnah, kematian akan isteri, kematian ibu ayah dan sebagainya. Itu semuanya adalah ujian yang Allah swt. datangkan kepada manusia untuk menguji manusia, siapa di antara mereka yang paling baik amalannya di sisi Allah.

Manusia hendaklah bersabar dan redha terhadap ujian-ujian tersebut. Kerana ujian yang Allah swt. datangkan kepada manusia itu hakikatnya adalah didikan secara langsung dari Allah swt. kepada hamba-Nya. Kebanyakan manusia dididik melalui manusia yang lain melalui zahirnya. Tetapi pada hakikatnya yang mendidik manusia adalah Allah swt. sendiri. Dan ujian-ujian yang menimpa manusia sebenarnya adalah didikan secara langsung dari Allah swt.

Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersabar dan redha terhadap segala ujian yang Allah datangkan kepada kita. Sebab sebagaimana yang kita tahu ujian-ujian yang datang dari Allah swt. itu sekiranya kita bersabar, sebenarnya ini merupakan kasih sayang dari Allah swt. kepada hamba-Nya. Hal itu juga merupakan penghapusan dosa dari Allah swt. sekiranya kita bersabar. Demikian juga ia merupakan darjat dan pangkat yang akan Allah swt. kurniakan bagi manusia yang mahu menerima didikan secara langsung dari Allah swt. seperti ini. Kita juga harus ingat bahawa Allah tidak akan menguji seseorang yang lebih berat dari kemapuan manusia itu sendiri.

Seringkali, apa yang manusia mahu ialah didikan melalui manusia yang lain seperti dari para tuan guru, ustaz, alim ulama dan sebagainya. Kebanyakan manusia memang tidak menginginkan sama sekali untuk mendapatkan didikan langsung dari Allah swt. seperti ini kerana mereka kebanyakannya tidak dapat bersabar dan redha menghadapinya. Ingatlah, seandainya manusia tidak berhasil dididik secara langsung dari Allah swt., maka janganlah diharapkan ia berhasil untuk menerima didikan dari manusia yang lain. Oleh sebab itu kita melihat betapa kuatnya ujian yang menimpa para nabi dan rasul, kerana sebenarnya itulah didikan secara langsung dari Allah swt. kepada mereka.

Oleh kerana itulah tidak hairan bagaimana kuatnya iman para nabi dan rasul semuanya. Sebab mereka menerima didikan atau pimpinan secara langsung dari Allah swt. Jauh berbeza dengan keadaan kita yang tidak senang apabila menerima ujian dari Allah swt. sedangkan itu merupakan didikan secara langsung dari Allah swt. Sedangkan seandainya kita berhasil menghadapi itu semua, maka kita akan termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’di Akhirat kelak.

Dan termasuk juga dalam golongan ini di Akhirat kelak ialah orang fakir yang bersabar dengan kefakirannya. Mereka ialah orang yang tidak mempunyai apa-apa pun harta benda di dunia. Apa yang ada pada mereka hanyalah pakaian yang sehelai sepinggang. Oleh sebab itu mereka tidak dihisab di Akhirat kelak. Bagaimana mungkin mereka akan dihisab sementara apa yang ada pada diri mereka hanyalah pakaian yang melekat di badan.

Di samping itu, termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ ini ialah orang ahli makrifat. Yaitu orang yang begitu kenal dengan Allah swt. Oleh kerana mereka terdiri dari orang yang kenal akan Allah, maka hati mereka setiap masa sentiasa ingat akan Allah swt. Hatinya juga setiap masa terasa hebat tentang kebesaran dan keagungan Allah swt. Begitu juga hatinya itu setiap masa sentiasa terasa rindu kepada Allah swt.

Apabila kita ukur diri kita dengan mereka, terasa sekali jauh perbezaannya. Mereka adalah orang yang sentiasa mengingati Allah swt., sedangkan kita sentiasa lalai dan derhaka kepada Allah swt. Bukan suatu hal yang mudah untuk sentiasa ingat akan Allah swt. Sedangkan solat yang disebutkan oleh Allah swt. sebagai mengingati-Nya pun tidak dapat kita mengingat Allah swt., apalagi di luar solat kita akan semakin tidak dapat mengingati Allah swt.

Jelaslah bahawa untuk menjadi ahli makrifat yaitu orang yang benar-benar kenal Allah swt. bukanlah suatu hal yang mudah. Ia merupakan suatu hal yang amat susah untuk dicapai oleh kita yang memang senantiasa lalai terhadap Allah swt.

Itulah di antara orang-orang yang termasuk di dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ di Akhirat kelak. Wallahualam... Jadi, sama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita supaya kita juga dapat tergolong dalam golongan yang baik di Akhirat kelak.. 

p/s:: sebagai peringatan kepada anda semua dan diri saya sendiri selaku bakal seorang guru kelak.....semoga kita semua Mendapat tempat yang baik disisi Allah di Akhirat kelak..... Lain kalai kalau ada masa saya akan cuba bincangkan tiga golongan yang seterusnya pula... Maaf kalau penjelasan diatas tidak sempurna... Semoga post ini bermanfaat.. ^_^

0 comments:

Get Your Frappr GuestMap!
Powered by Platial